• Main
  • News

Majlis Watikah Pelantikan Pemimpin Murid Sekolah Smk

Majlis Watikah Pelantikan Pemimpin Murid  Sekolah Smk

MAJLIS WATIKAH PELANTIKAN PEMIMPIN MURID SEKOLAH SMK PADANG TEMU SESI 2025/2026
Rabu-30 April 2025 bertempat di Dewan Seri Temu, SMK Padang Temu.

Majlis watikah pelantikan pemimpin murid sekolah kali ini memperkenalkan satu unit baharu dalam kepimpinan pengawas iaitu MaPPeM ; Majlis Perwakilan Pemimpin Murid Sekolah yang menggabungkan 8 unit badan pengawas iaitu gabungan badan pengawas sekolah, pengawas BADAR, PRS, pengawas SPBT, pengawas koperasi, pengawas siber, pengawas perpustakaan dan pengawas kokurikulum.

Majlis ini dirasmikan oleh Encik Abdul Aziz bin Baba, pengurus besar TAPEM, Melaka

Tahniah kepada semua murid yang telah dilantik. Terima kasih juga kepada semua guru yang menjadi penggerak utama hari watikah pelantikan pemimpin muda. Semoga Allah Ta'ala jua yang membalas jasa kalian.

Pihak sekolah mendoakan agar semua pengawas dan pimpinan yang baharu dilantik dapat menjalankan tugas dengan penuh berdedikasi, amanah dan berintegriti. Tahniah sekali lagi diucapkan.

#MaPPeMmemimpin